IPad 3 Dilancar Tahun Depan

Apple merancang untuk mengeluarkan iPad generasi baru versi percubaan bulan depan bagi membolehkan syarikat itu melancarkan produk berkenaan pada awal 2012.

Akhbar The Wall Street Journal yang memetik sumber semalam melaporkan, firma itu sedang bekerjasama dengan pembekal komponen dan pemasangan di Asia.

"Apple dilapor telah membuat pembelian ke atas komponen-komponen utama seperti panel paparan dan cip untuk iPad 3,'' kata akhbar itu.

Ia berkata, iPad generasi baru itu dijangka mempunyai paparan resolusi tinggi 2048x1536 pixel berbanding paparan 1024x768 iPad 2.

iPad 3 juga dilaporkan akan lebih nipis dan ringan selain mempunyai ciri alat paparan retina.

Menurut laporan The Wall Street Journal, syarikat itu juga telah menempah komponen untuk 1.5 juta unit iPad 3 pada suku keempat tahun ini.

Apple membeli pelbagai komponen untuk produk iPad dari Asia dan memasang komputer tablet itu di Hon Hai Precision Industry Co. di Taiwan.

Apple menjual sebanyak 9.25 juta iPad pada suku pertama tahun ini.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama