Tuesday, August 30, 2011

Pin It

0

Dua Juta Jemaah Hadir Khatam Quran

  • Tuesday, August 30, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share
  • PENDUDUK Islam Palestin ketika mengadakan solat tarawih di masjid Al Emari di Bandar raya Gaza, kelmarin.Bacaan ketika solat Tarawih

    MAKKAH: Lebih dua juta jemaah dan pelawat menghadiri upacara khatam al-Quran malam tadi di dua masjid suci di sini dan Madinah. Kitab al-Quran yang dibacakan ketika solat Terawih, biasanya dialunkan sebagai penutup pada malam Ramadan ke-28. Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan semua badan terbabit menyelesaikan semua urusan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pelawat.

    Naib presidennya Sheikh Muhammad Al-Khuzaim, berkata pihaknya mengambil 6,600 kakitangan lelaki dan wanita untuk melaksanakan rancangannya malam tadi bertujuan membolehkan semua yang hadir di Masjid Agung menikmati bacaan ayat suci dalam keadaan selesa.

    Badan itu menyediakan ribuan kerusi roda untuk warga emas menggunakannya secara percuma ketika melakukan ibadat saie, yang membabitkan ulang alik antara gunung Safa dan Marwah.

    “Ada tangga khas bagi mereka yang memerlukan bantuan dan tangga bergerak untuk membawa jemaah ke tingkat dua dan bumbung masjid,” katanya. Al-Khuzaim berkata, pihaknya mengagihkan kuantiti besar air Zamzam sejuk di seluruh masjid.

    Katanya, ada 176 pintu pagar menghala ke Haram, bumbung dan ruangan bawah dipantau 926 kakitangan bagi memastikan jemaah masuk dan keluar secara lancar.

    Datuk bandar Makkah, Osama Al-Bar, berkata tukang cuci bekerja 24 jam sehari di Haram dan plazanya.

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com