Wednesday, August 31, 2011

0

Basikal Berbumbung

  • Wednesday, August 31, 2011
  • Rahman Hatim
  • VELTOP  adalah pelindung cermin dan mempunyai bumbung yang menjanjikan  perlindungan kepada rider daripada hujan lebat ataupun panas matahri, khasnya kepada rider yang gemarkan menjelajah.
    Bumbung yang kalis air disokong oleh dua sisi lengkungan dan perlindungan tambahan
    boleh dilipat apabila diperlukan dan ia juga boleh dipasang di basikal  yang mempunyai sifat lembut atau sifat bersantai, seperti basikal mini,  basikal p market ataupun basikal touring bleh kot, lagi best kalau buh  kat basikal touring, kalau hujan takyah nak berenti cari tempat  berteduh, teruskan jer berkayuh, panas pun tak kena, rilek jer….takkan  nak pasang kat MTB kot, pastu masuk jamboree, buat serabut, nanti jenuh  plak, jadi cacarmerba…tak sesuai la kot….hehehehe..!! Alat nih boleh  dibuka pasang dalam masa 2 minit jer…huh, mantooppp…!!






     kemah molek.....
    0

    Bapak Segala Truck

  • Rahman Hatim
  • Trak tentera yang baru Casspir Mk6 dari BAE Systems



    0

    Sesi Penghancuran Kereta Toyota Camry

  • Rahman Hatim

  • Bangang punye org,kereta ni dibuang ketempat besi buruk...
    bukan setakat buang je,dihimpit2 smpai lenyek...











    membazir btul la...
    baik bgi aq la...
    0

    Milo Ais

  • Rahman Hatim
  • aduh.....nk suruh buat milo ais pun smpai mcm nih


    video


    Tuesday, August 30, 2011

    0

    Taufan Irene melanda Amerika

  • Tuesday, August 30, 2011
  • Rahman Hatim
  • SEBUAH rumah di Pine Creek, Connecticut, tenggelam selepas kawasan perumahan itu dilanda Taufan Irene yang membawa bersama air laut.

    Kerugian paling teruk akibat bencana alam, aktiviti perniagaan lumpuh

    NEW YORK: Amerika Syarikat(AS) berdepan kerugian AS$45 bilion (RM133 bilion) selepas Taufan Irene melanda wilayah pantai timur, bencana alam disifatkan antara yang paling mahal setakat ini, berikutan penutupan aktiviti perniagaan, kehilangan nyawa dan harta benda. Selepas beratus ribu penduduk meninggalkan Manhattan hujung minggu lalu, Taufan Irene berubah kepada ribut petir berbanding taufan pemusnah tetapi pemilik perniagaan terus menutup kedai mereka kerana bimbang dengan kemusnahan yang mungkin dibawa. Angka kematian meningkat kepada 21 orang tengah malam kelmarin dan amaran banjir kekal di kebanyakan kawasan manakala pegawai berkata penduduk mungkin mengambil masa untuk meneruskan kehidupan biasa di pusat metropolitan utama seperti New York, kerana sistem pengangkutan ditutup sepenuhnya buat pertama kali berikutan masalah cuaca.

    Dalam sidang akhbar, Datuk Bandar, Michael Bloomberg, mengumumkan bahawa arahan pemindahan beratus ribu penduduk akan ditarik balik seawal jam 3.00 petang waktu tempatan.

    Beliau bagaimanapun meminta penduduk supaya tidak memberi harapan tinggi kepada sistem pengangkutan yang belum pulih daripada hujan dan angin kencang.

    “Keadaan pasti menjadi sukar. Anda berdepan masalah pengangkutan pada waktu pagi,” katanya.

    Profesor Peter Morici dari Universiti Maryland, berkata dianggarkan kos kerugian mencecah AS$45 bilion termasuk AS$20 bilion (RM58 bilion) kerosakan dan kehilangan aktiviti ekonomi selama dua hari.

    Selepas melanda New York, Taufan Irene bergerak ke pantai menerusi New England dan menjelang tengah hari pengangkutan awam memulakan operasi semula.

    Di WASHINGTON DC, lapangan terbang dibuka semula awal hari ini, kata pegawai manakala syarikat penerbangan American Airlines menyambung kembali penerbangan ke tiga lapangan terbang utama sekitar bandar raya itu.

    Sementara itu, kakitangan dan sukarelawan Islamic Relief USA di Washington DC, berkata mereka sudah bersedia untuk bertindak balas kepada sebarang kecemasan berikutan kedatangan Taufan Irene.

    Beberapa hari sebelum ini, sukarelawan badan itu menjalani latihan bantuan bencana bagi berdepan kemusnahan yang dibawa taufan itu.

    Pekerja bantuan kecemasan pergerakan itu memberikan bantuan kecemasan di Amerika pada masa lalu, dengan terbaru di Alabama selepas puting beliung merosakkan kawasan penempatan, membunuh beratus penduduk dan menyebabkan beribu penduduk kehilangan tempat tinggal di tujuh negeri.


    0

    Ramai Peluk Islam Ketika Ramadan

  • Rahman Hatim

  •                          GAMBAR CONTOH


    Laman web dakwah beri penerangan mengenai agama berjaya tarik 90,000 pelawat

    RIYADH: Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam pada dua minggu awal Ramadan kali ini, lebih separuh daripadanya rakyat Filipina.

    Seramai 113 ekspatriat di negara pengeluar minyak terbesar itu memeluk Islam di Ihsa yang terletak di timur Arab Saudi termasuk 68 rakyat Filipina, 13 Sri Lanka, 10 India dan bakinya dari Kenya, Nepal dan beberapa negara lain. “Rakyat Filipina paling ramai memeluk Islam di Arab Saudi. Mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa campur tangan mana-mana pihak,” lapor akhbar berkenaan memetik pengarah Pusat Panduan Islam di Ihsa, Sheikh Abdul Rahman Al Gagmayan. Turut memeluk Islam ialah gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang menetap bersama ibunya yang beragama Kristian di Amerika Syarikat, ketika bercuti di sini, kata pengarah laman web dakwah, www.edialogue.org, Majed Al-Osaimi.

    Bercakap kepada akhbar Arab News, beliau berkata, remaja berkenaan memeluk Islam selepas berbual dengan pendakwah laman web itu.

    “Gadis itu memperoleh maklumat mengenai Islam yang menghapuskan semua keraguannya dalam perbualan selama 20 minit dan mengucap syahadah. Laman web ini, yang ditubuhkan Mac lalu, menjadi saluran menunjukkan kebenaran Islam kepada warga berlainan negara.

    “Setiap hari seorang atau dua orang memeluk Islam menerusi web kami,” katanya sambil menggesa penduduk negara itu dan umat Islam lain yang menetap di Barat mendidik anak mereka mengenai Islam pada usia muda.

    Katanya, beliau turut menghubungi gadis itu dan mendapati dia memperoleh banyak maklumat mengenai Islam daripada sumber berlainan.

    “Dia bertanya beberapa soalan penting mengenai Islam. Gadis itu juga belajar bahasa Arab untuk membaca dan memahami al-Quran,” katanya.

    Majed berkata, majoriti rakyat India memeluk Islam menerusi laman web itu yang dikendalikan 11 sukarelawan dan pekerja sepenuh masa. Mereka yang memeluk Islam termasuk dari Britain, Perancis, Australia, Amerika Utara, Filipina, Romania, Nigeria dan Cameroon.

    Setakat ini, lebih 90,000 pengguna internet mengambil bahagian dalam ruang sembang laman web berkenaan.

    “Kami bercadang untuk meluaskan laman web ini termasuk menyediakan lebih banyak bahasa,” katanya.

    Sementara itu, 680 individu pelbagai kerakyatan memeluk Islam setakat ini di Kuwait, kata Ketua Pengarah Jawatankuasa Penyampai Islam (IPC), Jamal Al Shatti.

    Dibentuk pada tahun 1978, misi IPC adalah untuk mendidik umat Islam dan bukan Islam mengenai agama suci itu, kata Al Shatti.

    Di Emiriah Arab Bersatu, rakyat Filipina dikenali sebagai Rodelito adalah antara 76 warga negara itu itu yang memeluk Islam dalam khemah besar di Al-Tawr sebagai sebahagian dForum Ramadan anjuran Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Dubai.
    0

    2 Bilion Mesej Teks Dihantar Cuti Aidilfitri

  • Rahman Hatim
  • JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat meramalkan bahawa sekurang-kurangnya dua bilion mesej teks akan dihantar sepanjang cuti Aidilfitri tahun ini.

    Jumlah berkenaan termasuk anggaran teks yang akan dihantar sehari sebelum Hari Lebaran yang juga hari terakhir Ramadan. Dengan anggaran 230 juta penduduk ia menyamai purata penghantaran lapan teks bagi setiap orang termasuk wanita dan kanak-kanak di seluruh negara kepulauan itu selama tempoh empat hari. “Kami meramalkan bahawa akan berlaku kesesakan dalam telekomunikasi sepanjang musim cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Orang ramai akan menghantar sekurang-kurangnya dua bilion mesej teks ketika cuti perayaan itu,” kata jurucakap kementerian, Gatot Dewa Broto yang dipetik The Jakarta Post.

    Gatot menggesa penduduk supaya menggunakan perkhidmatan telekomunikasi dengan efektif.

    “Jika talian telefon atau internet sedang sibuk atau sesak, sila tunggu sebentar dan cuba sekali lagi,” katanya.

    Beliau juga mencadangkan penduduk untuk cuba mengelak menghantar mesej teks terlalu banyak kepada sebilangan rakan mereka secara serentak untuk mengelak kelembapan sistem.



    0

    Dua Juta Jemaah Hadir Khatam Quran

  • Rahman Hatim
  • PENDUDUK Islam Palestin ketika mengadakan solat tarawih di masjid Al Emari di Bandar raya Gaza, kelmarin.Bacaan ketika solat Tarawih

    MAKKAH: Lebih dua juta jemaah dan pelawat menghadiri upacara khatam al-Quran malam tadi di dua masjid suci di sini dan Madinah. Kitab al-Quran yang dibacakan ketika solat Terawih, biasanya dialunkan sebagai penutup pada malam Ramadan ke-28. Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan semua badan terbabit menyelesaikan semua urusan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pelawat.

    Naib presidennya Sheikh Muhammad Al-Khuzaim, berkata pihaknya mengambil 6,600 kakitangan lelaki dan wanita untuk melaksanakan rancangannya malam tadi bertujuan membolehkan semua yang hadir di Masjid Agung menikmati bacaan ayat suci dalam keadaan selesa.

    Badan itu menyediakan ribuan kerusi roda untuk warga emas menggunakannya secara percuma ketika melakukan ibadat saie, yang membabitkan ulang alik antara gunung Safa dan Marwah.

    “Ada tangga khas bagi mereka yang memerlukan bantuan dan tangga bergerak untuk membawa jemaah ke tingkat dua dan bumbung masjid,” katanya. Al-Khuzaim berkata, pihaknya mengagihkan kuantiti besar air Zamzam sejuk di seluruh masjid.

    Katanya, ada 176 pintu pagar menghala ke Haram, bumbung dan ruangan bawah dipantau 926 kakitangan bagi memastikan jemaah masuk dan keluar secara lancar.

    Datuk bandar Makkah, Osama Al-Bar, berkata tukang cuci bekerja 24 jam sehari di Haram dan plazanya.

    Friday, August 26, 2011

    0

    Safiq Rahim sahkan jalani ujian bersama Cardiff City

  • Friday, August 26, 2011
  • Rahman Hatim
  •    Safiq ke Eropah

    SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.

    KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

    Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

    “Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

    “Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

    “Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

    Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

    “Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

    “Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.

    Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

    Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

    Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

    SUMBER-KOSMO
    0

    Jamal Sedekah 1 Lori Beras!

  • Rahman Hatim

  • JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam

    _________________________________________________________________________
    IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

    Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

    “Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

    “Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.




    0

    Awas! company APPLE telah dikuasai oleh "GAY"!!

  • Rahman Hatim

  • berhati-hati mengenai seksualiti, hanya tahu bahawa jelas waris Apple gay menghantar mesej menarik peluang untuk berkembang maju di tempat kerja. Itu masalah besar."


    Profil Cook Gawker pada bulan Januari 2011, menyatakan bahawa pengurusan Apple akan menyokong Cook jika secara terbuka mengakui seksualiti, tetapi tidak mempunyai "kebimbangan sama ada beliau keluar akan memberi kesan kepada persepsi jenama Apple."
    Cook mengambil alih tampuk pentadbiran Apple selepas Steve Jobs teramat mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada malam Rabu. Pekerjaan contoh ketidakupayaan untuk memenuhi harapan beliau sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, tetapi diminta untuk kekal dalam syarikat sebagai pengerusi.


    Cook dikenali sebagai orang swasta - yang boleh kenapa tiada pengumuman rasmi yang akan dibuat - "genius operasi" dan sebagai.


    Sementara Pekerjaan dikenali kerana bakat pemain sandiwara, Cook dikenali untuk meningkatkan margin keuntungan dan kukuh dengan pengurusan rantaian bekalan."Tim tidak seseorang sosial yang sebenar," Gina Glosk, rakan sekelas Cook diAuburn, memberitahu Wang CNN. "Dia tidak antisosial, sama ada Dia hanya tidak pernah kelihatan yang berminat pada orang lain."


    Cook telah bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple pada masa lalu apabila Steve Jobs terpaksa mengambil alih ketidak hadiran disebabkan sakit. Pada berkhidmat masing-masing, syarikat itu menunjukkan prestasi yang baik dan kadang-kadang juga berkembang.


    Jika Cook pernah keluar sebagai gay, dia segera hendak menjadi orang yang paling berpengaruh gay dalam industri teknologi, dan mungkin di seluruh dunia perniagaan.


    Apple telah dilakukan luar biasa sejak akhir-akhir ini, malah baru-baru ini melepasi Exxon Mobil sebagai syarikat yang paling berharga di dunia. Ia tidak mendapatkan yang jauh lebih berkuasa daripada itu.



    _______________________________________________________________________


    Awas,orang2 melayu! ini merupakan konspirasi untuk merosakan minda anak muda untuk menjadi gay!  lepas ni banyak  la APP game2 dan iklan2 GAY kat produk apple.






    0

    Bersabung Nyawa Balik Raya

  • Rahman Hatim
  • PELABUHAN KLANG – “Saya bayar tambang bot semahal RM850 dan meredah lautan semata-mata mahu pulang beraya bersama anak-anak yang amat saya rindui.”  Itu luahan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) daerah Klang di perairan Sekinchan dekat sini kelmarin.

    Dia merupakan seorang daripada 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menaiki sebuah bot. Menurut Siti, sudah hampir setahun dia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Subang dekat sini, tidak pulang beraya bersama anak-anak di Medan, Indonesia. Katanya, meskipun menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya, dia tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa di lautan untuk pulang beraya di kampung.

    “Saya sebenarnya mahu pulang terus ke Indonesia dan tidak mahu lagi kembali ke sini tetapi belum sempat tiba, bot pula rosak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Terdahulu, ketika ditahan, bot yang dinaiki mereka termasuk seorang tekong dan lima wanita berusia di antara 20 hingga 46 tahun terapung di situ sejak tiga hari lalu kerana kerosakan enjin. 


    Bot yang dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah sempena Aidilfitri itu juga didapati mengalami kebocoran dan menunggu masa untuk karam tetapi sempat diselamatkan oleh APMM.

    nota kaki : aku naik flight pun x sampai rm200..ini sampai rm850..naik tongkang pulak tu

    Thursday, August 25, 2011

    0

    Apple keluar iPhone 4 lebih murah

  • Thursday, August 25, 2011
  • Rahman Hatim
  • PEMBEKAL Apple Inc bagi pasaran Asia akan mula mengeluarkan versi yang jauh lebih murah bagi telefon pintar terlaris, iPhone 4 dengan menggunakan pemacu 8.0 gigabait (GB) lebih kecil, demikian menurut dua individu yang mempunyai pengetahuan terhadap perkara itu.

    Pemacu bagi iPhone 4 dengan kapasiti 8.0 GB kini dikeluarkan oleh sebuah syarikat Korea, katanya semalam tanpa menamakan syarikat berkenaan. Apple kini menyumberkan pemacu bagi telefon pintar itu kepada syarikat Jepun, Toshiba dan firma Korea, Samsung Electronics. Sumber itu enggan dikenali kerana maklumat mengenainya tidak boleh didedahkan kepada umum. Apple, yang mahukan tahap kerahsiaan dan keselamatan yang tinggi daripada pembekal serta pekerjanya enggan memberi komen. Samsung turut enggan memberi komen mengenai perkara itu.

    Telefon pintar iPhone sedia ada dilancarkan pada Jun tahun lalu dengan versi 16 GB dan 32 BG, manakala versi berwarna putih diperkenalkan April lalu.

    Versi 8.0 GB dijangka dilancarkan beberapa minggu lagi, kata sumber itu.

    “Apple mahu meningkatkan kehadirannya di segmen pasaran sedang muncul yang mana pengguna mahu beralih kepada telefon pintar daripada telefon berciri tinggi yang biasanya berharga antara AS$150 hingga AS$200,” kata penganalisis Yuanta Securities, Bonnie Chang

    0

    Kiub Ais Merupakan Punca Keracunan Makanan

  • Rahman Hatim

  • Laporan awal mendapati kiub ais merupakan punca keracunan makanan yang menyebabkan seorang pelajar berusia 11 tahun meninggal dunia selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Klang awal bulan ini. 

    Ujian ke atas sampel sisa muntah dan najis untuk mengenal pasti punca keracunan makanan yang menyebabkan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Klang meninggal dunia dan lapan ahli keluarganya yang lain mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. 

    “Berdasarkan laporan awal, kiub ais merupakan punca keracunan makanan,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dipetik Bernama Online. 

    “Kita masih menjalani siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca dan sumber sebenar yang menyebabkan mangsa dan ahli keluarga lain mengalami keracunan makanan,” katanya kepada pemberita di Hospital Putrajaya di sini. 

    Pada 9 Ogos, Nurdini Mohamad Ali, 11, meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati juadah berbuka puasa manakala ahli keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama. 

    Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur dibeli daripada bazar Ramadan sama. 

    0

    Hampir 3 juta Ke Mekah Mencari Keberkatan Malam Lailatulqadar !

  • Rahman Hatim
  • Ratusan ribu jemaah melakukan tawaf di Masjidil Haram, Makkah, pada Sabtu lalu. Ditaksirkan hampir tiga juta umat Islam mengerjakan solat qiamullail secara berjemaah di masjid tersebut dan Masjid Nabawi di Madinah.

    Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar. 

    Jabatan Pertahanan Awam di Makkah memberikan akhbar Arabnews peluang yang sangat jarang untuk merakamkan gambar Masjidilharam pada malam 21 Ramadan yang jatuh pada Sabtu melalui helikopter jabatan itu dengan inisiatif Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Muhammad al Harbi.

    Helikopter Midel S92 yang tiba dari Jeddah dipandu juruterbang, Kapten Abdul Aziz Al-Dhufyan dan Leftenan Pertama Ziyad Al-Otaibi.

    Jurugambar akhbar itu berjaya merakamkan imej keseluruhan Makkah dari pelbagai sudut termasuk Menara Wakaf Raja Abdul Aziz. 

    Helikopter juga melintasi kawasan Misfala, Kuday, Ajyad, Hafair, Hajoun dan Aziziya, kawasan yang sesak dengan kenderaan membawa jemaah dan orang ramai yang mahu beribadah. 

    Juruterbang membantu memaklumkan kepada kakitangan lapangan Jabatan Pertahanan Awam yang kesesakan berlaku di banyak tempat di bandar itu. 

    Kegunaan helikopter itu adalah untuk mencari, menyelamat, memadamkan kebakaran dan mengangkut pesakit. Ia boleh membawa 22 penumpang. 

    Sebaik saja Ramadan menghampiri fasa terakhir masjid di seluruh Arab Saudi mula menganjurkan ibadat qiamullail termasuk solat malam. 

    “Solat istimewa ini dilaksanakan pada malam 10 hari terakhir Ramadan mulai jam 1 pagi,” kata imam di Masjid Sheebani di daerah Nasseriyah, Riyadh. 

    Tempoh 10 malam terakhir Ramadan lebih penting kerana al-Quran kali pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW pada malam Lailatulqadar. Justeru, amalan baik umat Islam akan diberi ganjaran besar, kata imam itu. 

    Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Dakwah mengeluarkan arahan supaya semua masjid dibuka untuk jemaah sepanjang malam pada malam 10 Ramadan terakhir. 

    Imam berkata masjid dibuka kepada orang ramai pada waktu malam untuk mereka membaca al-Quran dan melaksanakan solat sunat.

    0

    IPad 3 Dilancar Tahun Depan

  • Rahman Hatim
  • Apple merancang untuk mengeluarkan iPad generasi baru versi percubaan bulan depan bagi membolehkan syarikat itu melancarkan produk berkenaan pada awal 2012.

    Akhbar The Wall Street Journal yang memetik sumber semalam melaporkan, firma itu sedang bekerjasama dengan pembekal komponen dan pemasangan di Asia.

    "Apple dilapor telah membuat pembelian ke atas komponen-komponen utama seperti panel paparan dan cip untuk iPad 3,'' kata akhbar itu.

    Ia berkata, iPad generasi baru itu dijangka mempunyai paparan resolusi tinggi 2048x1536 pixel berbanding paparan 1024x768 iPad 2.

    iPad 3 juga dilaporkan akan lebih nipis dan ringan selain mempunyai ciri alat paparan retina.

    Menurut laporan The Wall Street Journal, syarikat itu juga telah menempah komponen untuk 1.5 juta unit iPad 3 pada suku keempat tahun ini.

    Apple membeli pelbagai komponen untuk produk iPad dari Asia dan memasang komputer tablet itu di Hon Hai Precision Industry Co. di Taiwan.

    Apple menjual sebanyak 9.25 juta iPad pada suku pertama tahun ini.


    0

    Top 15 Most Beautiful Roads in the World

  • Rahman Hatim
  • The Overseas Highway – Florida Keys
    Lebuhraya melonjak Luar Negara dari pulau ke pulau di seluruh 42 buah jambatanbarat daya melalui Florida Keys dan ia telah dibina pada tahun 1938 di sepanjangperjalanan kereta api lama yang telah dimusnahkan oleh taufan. Lebuh raya inisebahagian besarnya atas air dan dalam kira-kira empat jam, anda boleh menikmatipemandangan yang indah dan lautan dan sudah tentu, yang matahari terbit dan matahari terbenam yang luar biasa jika anda datang ke sini pada masa yang tepat.Semasa cuti, lalu lintas akan membuat perjalanan melalui lebuh raya ini agakpanjang tetapi saya pasti semua orang akan suka tinggal di atas jalan raya iniseberapa lama yang boleh.


    Red Rock Scenic Road – USA
    The Rock Merah angin Jalan Scenic melalui Red Rock Negara Sedona, seringdikenali sebagai "muzium tanpa dinding". Jalan ini menyediakan pemandangan indahbatu-batu merah yang menakjubkan yang seolah-olah hidup seperti semangat tak habis-habis yang menawan hati dan memberi inspirasi kepada semua orang. SisihanRock Scenic Merah juga melalui Tugu Montezuma Castle Negara dan Hutan CoconinoNegara memberi pemandu setiap perasaan yang menakjubkan keakraban dengan alam semula jadi.


    Iroha-zaka – Japan

    Iroha-zaka jalan penggulungan dari Jepun yang menghubungkan pusat Nikko danOKU-Nikko. Jalan terdiri daripada 48 lengkung dan setiap penjuru mempunyai hurufJepun purbayang bermula dalam abjad dari I-ro-ha yang juga memberi nama ini jalan.Iroha-zaka sebenarnya dibuat dua jalan, satu datang dan satu lagi untuk naik dankedua-duanya mempunyai 48 lengkung yang hampir sama 48 huruf abjad Jepun kuno.


    Atlantic Road – Norway
    Jalan Atlantik telah diundi sebagai pembinaan Norway abad dan sepanjang limakilometer panjang jalan raya yang menghubungkan Molde dan Kristiansund di negara ini. menaiki jalan di atas beberapa permukaan kasar dan tidak sekata dan iamenakjubkan kerana ia naik sendiri dan jatuh pada banyak tempat seperti laut pada masa air pasang kasar. Selain daripada jalan raya yang luar biasa itu sendiri,pemandangan sekelilingnya boleh memberikan apa-apa sakit panas pemandu.


    Oberalp Pass – Switzerland
    Oberalp Pas dalam jalan raya yang luar biasa di pergunungan tinggi Swiss ituhubungan yang penting antara Central Switzerland dan Graubunden Oberland. Jalan tersebut adalah benar-benar popular bagi semua pemandu dari Eropah, tetapi iahanya dibuka pada bulan musim panas.Pada musim sejuk ini akan ditutup untuk lalulintas jalan raya dan jalan raya itu sendiri digunakan sebagai cerun ski, jangkapermainan luncur ais dan jejak hiking!
    0

    Gambar Menakutkan Awal Abad ke-19

  • Rahman Hatim
  • Dalam era gambar asal, salah satu genre yang paling kesat bentuk seni ini dianggapsebagai gambar ghaib.









    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com