Saturday, March 19, 2011

Pin It

0

ADAKAH KITA SEORANG SAHABAT SEJATI??????????????????????

  • Saturday, March 19, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share




  • Pada zaman Rasulullah, ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua "Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat?

    Maka sahabatnya yang kedua menjawab, "Bukan kah kita telah bersama semenjak masih kecil dan membesar bersama-sama? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar-benar sahabat mu?"

    Sahabat yang pertama tadi membentak "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta"

    Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. Sahabat pertama tadi menjawab "Pulanglah kau kerumah, cari lah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku."

    Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu. "Wahai sahabat. Puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu tapi tidak juga kutemui." katanya sambil menangis. "Katakanlah wahai sahabat, apa kesalahanku??"

    Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua. "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong??". Sahabatnya menggeleng.

    "Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan??" Sahabatnya menggelengkan kepala

    "Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan? Sahabatnya menggeleng lagi.

    "Pernah juga kah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat??" Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. Namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya.

    "Dan soalan ku yang terakhir. Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki??" Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menengis teresak esak.

    "Tidak pernah bukan?? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam. Pergilah kau. Mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.

    Moral:
    Pernahkah kita melihat kedalam diri kita?? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat?? Dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita?? Renungkan sendiri dengan mata hati bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri. Mungkin suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki. Berhati-hati memilih sahabat agar tidak terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam neraka jahanam!!

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com