Wednesday, July 7, 2010

Pin It

0

Nak Kenal Si Munafik Di Sekliling Anda?

  • Wednesday, July 7, 2010
  • Rahman Hatim
  • Share
  • Solat yang berat bagi si munafik

    Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pada zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya.

    “Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani.

    Edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.

    Menurut buku terbabit, kepentingan solat Subuh (tetapi bukan bermakna solat lima waktu lain boleh dikesampingkan) turut terkandung di dalam hadis baginda bermaksud:

    “Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak.” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

    Apa yang dimaksudkan Rasulullah saw dengan ‘mendatanginya sekali pun dengan merangkak’ ialah datang solat berjamaah di masjid.

    Penulis buku berkenaan tidak bermaksud bahawa mereka yang tidak datang solat Subuh di masjid sebagai munafik, tetapi catatnya:

    “Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan itu adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan.”

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com