Wednesday, February 10, 2010

0

Tentang Hutang,Hutang Dengan Bukan Islam

  • Wednesday, February 10, 2010
  • Rahman Hatim




  • Pertanyaan 1 :
    saya mushkil bagaimana ingin melunaskan hutang lama dengan bukan islam yang tidak dapat dihubungi atau telah mati 

    Jawapan kepada soalannya :

    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

    Riwayat al-Baihaqi

    hutang perlu diselesaikan sama ada sesama Muslim mahupun dengan bukan Islam. Banyak cara untuk mencari orang hilang, antaranya membuat iklan di akhbar dsb (mungkin boleh difikirkan lain2 cara). sekiranya org itu telah meninggal, maka kita boleh membayar hutang tersebut kepada warisnya (anak / keluarganya).

    Pertanyaan 2 :
    mcm mne kalau ade yg utang ngn kte n sbb skt ati
    sy x halalkn org tu.? smpai putus kwn sbb dia fitnah
    sy yg amik duit dia.. pdhal dia nk lari dr byr utang..

    sy mmg x nk halalkn utang tu.

    Jawapan kepada soalannya :

    firman Allah s.w.t. :

    "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah : 282)

    kebanyakan kita selalu mengabaikan suruhan Allah dalam perkara hutang ini, iaitu dengan tidak menulis surat perjanjian hutang. Akibatnya memang sangat buruk di masa depan.

    seorg yg beriman dengan Allah dan Rasul-Nya pasti tidak akan mengabaikan arahan ini, sama ada beliau seorg yg berhutang atau seorg yg memberi hutang. Dengan adanya surat perjanjian / ikatan hutang, maka akan mengelakkan kemungkinan2 buruk pada masa hadapan seperti lari dari membayar hutang, menafikan hutang, menuntut hutang lebih daripada jumlah pinjaman, fitnah dsb.

    kesan yg lebih teruk adalah memutuskan silaturrahim...sabda Nabi s.a.w. "“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”. (HR Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

    maka itu, jika dinilai jumlah hutang dengan dosa yg bakal diterima, adakah berbaloi jika kita menerima dosa yg asalnya bukan berpunca dari kita (fitnah membayar hutang)? jadi, alangkah baiknya jika kita mengikut saranan Allah s.w.t. :

    "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh." (al-A’raf : 199)

    Banyak ganjarannya menjadi seorg yang pemaaf...seperti yg disebutkan oleh Nabi s.a.w. "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR al-Bukhari dan Muslim)

    mungkin dengan kita bersikap pemaaf, Allah akan menggantikan sesuatu yg lebih baik daripada hutang yg kita berikan itu.

    Akibat sakit hati dan marah, kita mudah mengungkapkan kata2 "saya tak halal dunia akhirat", "kita jumpa di akhirat", "saya akan tuntut di akhirat"....sedangkan kita sendiri tak dapat membayangkan bagaimana susahnya keadaan di Mahsyar sewaktu berlakunya Hisab. sebab itu kita selalu berdoa semoga Allah memudahkan Hisab amalan kita.

    Namun, jika kita penuh dengan 'tuntutan penyelesaian di akhirat', bayangkan berapa lama lagi masa yg akan diambil utk hisab amalan kita? Hinggakan kambing bertanduk sewaktu di dunia dahulu menanduk kambing yg tiada tanduk, dan di akhirat Allah akan memberikan tanduk kepada kambing tadi untuk membalas perbuatan kambing bertanduk di dunia dulu. maknanya, betapa telitinya Hisab di akhirat hanya Allah yg mengetahui.

    Jadi, saya cadangkan ikutilah saranan Allah s.w.t., semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat :

    "Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah : 280)

    Pertanyaan 3 :
    si peminjam dh hapuskn bukti/resit hutang tersebut.
    si dia ckp sy curi duit tu sbb dia pg jmpe "bomoh".

    x pe lh...dgn ini sy halalkn hutang tersebut. jumlahnye x la besar tp berguna bila kte sengkek.

    moga si dia x buat pd org lain ble berhutang nnt.


    Jawapan Kepada soalannya :

    bila berhutang, perlu dituliskan hutang tersebut dan didatangkan 2 org saksi lelaki. Apabila berlaku kekeliruan, maka rujukan boleh dibuat pada surat hutang (sama ada disimpan oleh seorg yg amanah atau masing2 penghutang dan pemiutang menyimpan salinannya) dan pada saksi tersebut.

    tahniah kepada anda kerana sanggup menghalalkan hutang tersebut. InsyaAllah, ganjaran daripada Allah pasti ada buat anda sama ada diberi di dunia mahupun di akhirat.

    buat org yg berhutang, lunaskanlah hutang anda. Renungkanlah maksud hadis ini : Dari Abu Hurairah r.anhu bahwa Nabi s.a.w. bersabda: "Ruh orang mati itu tergantung dengan hutangnya sampai hutang itu dilunasi untuknya."(HR Ahmad dan at-Tirmidzi)




    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com